Bantu Selesaikan Kes Mahkamah, Keluarga Anak Guam Bayar ‘Lawyer’ Guna Ketam!

307

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial seorang peguam dari Filipina yang memuat naik gambar di hadapan mahkamah sambil memegang ‘sejambak’ ketam hidup yang diberikan oleh ahli keluarga anak guamnya.

Dalam perkongsian peguam berkenaan di Facebook, dia memaklumkan yang ahli keluarga anak guamnya tidak mampu membayar khidmat guaman memandangkan mereka merupakan orang susah. Namun begitu, dia langsung tidak mengharapkan bayaran kerana merasakan khidmat tersebut adalah sumbangannya kepada masyarakat.

Selepas mengucapkan terima kasih kerana memberinya ketam, peguam tersebut, Noel Allen Bose telah membawa pulang dan memasaknya untuk dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Dia memuat naik ketam yang telah dimasak di dalam periuk dan sangat menikmati hidangan tersebut sehingga terpaksa mendapatkan ubat di farmasi kerana mengalami alahan.

Berjanji akan berbakti kepada masyarakat Filipina

Walau bagaimanapun, dia sangat berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan penghargaan kepadanya setelah membantu masyarakat dalam memberikan khidmat guaman kepada mereka yang susah. Noel Allen Bose juga berjanji akan terus bekerja keras dengan penuh dedikasi untuk membantu masyarakat Filipina pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Noel Allen Bose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here