Berat naik lepas rawatan, Elyana luah syukur & berterima kasih atas doa semua

277

Seperti yang ramai tahu, keadaan kesihatan penyanyi dan pelakon Elyana semakin merosot sejak didiagnosis dengan penyakit kanser limfoma tahap empat. Menerusi sebuah ‘posting’ di Instagram baru-baru ini, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berkongsi perkembangan terbarunya selepas menjalani rawatan radioterapi.

Menurut selebriti berusia 34 tahun berkenaan memberitahu berita gembira bahawa berat badannya terkini semakin bertambah iaitu dari 35kg kepada 42kg. Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu tersebut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang tidak berhenti berdoa serta murah hati menyedekahkan makanan kepada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berasa gembira dengan perkongsian penyanyi tersebut. Ramai juga yang mendoakan kesejahteraan Elyana agar cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Terdahulu, Elyana memaklumkan berat badannya semakin berkurang dan terpaksa menjalani rawatan radioterapi di hospital. Syukur kepada Tuhan, segala urusan Elyana berjalan dengan lancar berkat doa para peminat dan netizen.

Sumber: Instagram Elyana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here