“Rasa Macam Nak Pakai Tudung Balik. Kena Istiqamah Dulu..”

127

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan terasa untuk berhijab semula selepas membuat pengakuan tidak lagi bertudung sekitar lima tahun lalu. Menerusi sebuah video di platform TikTok miliknya, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen tampil menggayakan abaya serta bertudung litup berwarna seakan-akan ‘dusty pink’.

Selepas memuji keselesaan busana tersebut, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu mengakui berhasrat untuk berhijab namun perlu beristiqamah terlebih dahulu. Video berdurasi 48 saat itu mendapat 376,400 tontonan dan hampir 1,800 komen peminat dan pengikut yang menyokong penuh hasratnya dalam menutup aurat.

Rata-rata menasihati pelakon berusia 29 tahun itu supaya sahaja mengabaikan ‘mulut jahat’ segelintir individu kerana perkara wajib tidak perlu ditangguhkan lagi. Terdahulu, menerusi laporan media, Uqasha mengakui tindakan menanggalkan tudung itu didorong oleh perasaan dan hati selain enggan lagi berada dalam kepura-puraan.

Sumber: TikTok Uqasha Senrose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here