Keluarga Tidur Di Ruang Tamu Hanya Berbantalkan Lengan Syukur Terima Bantuan

250

Sebuah keluarga yang terdiri daripada sembilan ahli hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan mendapat pertolongan dari orang ramai. Siti Nadia, 28 berasal dari Tumpat bersama ahli keluarganya termasuk bapa mentuanya tidur di ruang tamu dan berbantalkan lengan telah mengundang perhatian ramai pihak.

Alhamdulillah, sudah dua malam kami tidur dengan selesa kerana masing-masing ada bantal dan tilam. Menurutnya, sejak kisah hidup mereka disiarkan empat hari lalu, ramai pihak menghulurkan sumbangan terutama bantal, selimut dan tilam sama ada secara terus atau pos laju.

Pada hari mula-mula disiarkan berita, sudah ada yang terus datang ke rumah menghulurkan sumbangan barang makanan serta wang tunai termasuk daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Keesokan harinya pula (Sabtu) semakin ramai yang tampil memberi sumbangan tilam, bantal serta selimut dan menyebabkan kami terutama lima anak serta bapa mentua yang sudah sekian lama tidur atas lantai sangat gembira.

Siti Nadia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya. Mereka turut dikunjungi wakil Hotel The Grand Renai diketuai Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Raja Rusmin Raja Mahmud yang turut menyerahkan selimut, dua bantal, tilam nipis, makanan yang dimasak pihak hotel serta sedikit wang tunai sumbangan penyumbang.

Tambahnya, bukan sahaja bantuan yang diterima dalam bentuk material, malahan sumbangan melalui akaun banknya yang ternyata tidak diduganya diterima melalui keprihatinan rakyat.

Siti Nadia sudah lama merancang untuk mencari rumah sewa lain memandangkan kediaman sekarang yang disewa pada kadar RM230 hanya sebuah bilik saja yang boleh digunakan dan dia juga berhasrat membuka perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan.

Saya sangat sebak dengan keajaiban yang berlaku dalam hidup kami beberapa hari kebelakangan ini kerana kehidupan sangat jauh lebih selesa dan anak boleh makan apa saja yang mereka inginkan kerana saya sudah mampu untuk menyediakannya.

Sumbangan orang ramai akan kami manfaatkan sebaiknya dan hanya Allah saja yang dapat membalas jasa semua yang membantu.

Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here