Zarina Zainuddin Terkejut, Duit RM10,000 ‘Lesap’ Anak Beli Game Online

490

Siapa yang tidak terkejut apabila mendapat tahu wang simpanan anak habis digunakan hanya untuk membeli permainan video dalam talian. Itulah yang berlaku kepada pelakon, Zarina Zainuddin apabila anak bongsunya, Adam, membelanjakan lebih RM10,000 duit simpanan untuk pendidikannya sehingga berbaki RM3 sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon terbabit memberitahu selama ini dia memang beri kad kepada anak untuk memudahkannya membeli data internet dan makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.

Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000. Difahamkan, Zarina ada memuat naik video di Instagram menunjukkan Adam mengakui kesilapan dan berasa kesal. Namun video tersebut dipadam selepas mendapat kritikan daripada netizen.

Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.

Jelas Zarina, dia tiada niat untuk mengaibkan anak sendiri sebaliknya hanya mahu memberi pengajaran dan iktibar kepada ibu bapa di luar sana.

Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?

Sebagai seorang ibu, Zarina sangat tegas dengan anak-anak dan akan memastikan anaknya mengakui kesilapan serta menanggung kesan daripada kesalahan tersebut. Katanya lagi, perkongsian video di Instagram sebagai langkah untuk memastikan ibu bapa memantau pergerakan anak supaya kejadian seperti itu tidak menimpa mereka.

Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here