‘Ambil Jika Perlu, Beri Jika Mampu’ – Ini Senarai Lokasi Food Bank Di Stesen Minyak Shell

218

Kes positif jangkitan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Tidak dinafikan, ekoran perintah ini ramai yang hilang punca pendapatan sehingga sanggup mengangkat ‘bendera putih’ meminta pertolongan daripada orang sekeliling untuk meneruskan hidup.

Prihatin dengan masalah tersebut, banyak syarikat serta individu tampil menyumbang barangan keperluan harian menerusi ‘food bank’ di kawasan-kawasan terpilih.

Inisiatif ini turut melibatkan stesen minyak Shell untuk memudahkan mereka yang memerlukan mendapatkan akses bekalan makanan. Bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, ruang ini meningkatkan kesedaran rakyat untuk saling membantu di antara satu sama lain.

Senarai Lokasi Food Bank

Antara lokasi-lokasi Shell yang menyediakan perkhidmatan ‘food bank’ ini adalah; Selain lokasi di atas, stesen minyak UPR Shell di Jalan Penang, Georgetown turut menyediakan perkhidmatan ini di mana terdapat ruang bagi meletakkan barangan kering seperti mi segera, biskut, beras, air minuman dan sebagainya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan diseru ke stesen minyak tersenarai untuk mengambil barangan keperluan harian. Mereka yang berkemampuan juga dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan meringankan lagi beban rakyat ketika ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyambut baik inisiatif Shell dalam melaksanakan Peti Makanan Komuniti dan Sudut Barangan Komuniti di 48 rangkaian stesen minyak terpilih seluruh negara. Ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here