TERKINI: Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri – Pejabat PM

193

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Perkara itu diumumkan menerusi Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 7 Julai yang dikongsikan oleh Perdana Menteri di laman Facebook miliknya.

Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa kini.

Dalam perkembangan yang sama, YB Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri. YAB Perdana Menteri juga bersetuju supaya Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Sumber: Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here