Hospital Diarah Buat Siasatan Dakwaan Individu Terima Suntikan Kosong

166

Viral di media sosial video rakaman seorang lelaki ketika menerima suntikan vaksin jenis Pfizer yang didakwanya ‘kosong’. Menerusi rakaman berdurasi 17 saat itu, dia merakam proses suntikan dan mendakwa vaksinator tidak menekan jarum masuk ke dalam badan.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya telah menghubungi Pengarah Hospital Banting dan menggesa siasatan dalaman berkenaan dakwaan itu dijalankan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut isu berikutan ianya masih di dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah hospital dilaporkan sudah menemui vaksinator berkenaan dan ada alasan tertentu diberikan terhadap kejadian itu.

Kita minta pengarah arahkan vaksinator supaya kemukakan bukti yang diperlukan untuk membela dirinya.

Kata beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti hasil siasatan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. KKM juga akan melihat sama ada video yang ditularkan sahih ataupun tidak.

Vaksinator sudah diberi garis panduan dan prosedur yang perlu dipatuhi. Kita nak tengok hasil siasatan dulu sama ada terdapat kesilapan vaksinator atau kesilapan teknikal termasuk tidak mematuhi prosedur yang perlu dipatuhi.

Semua vaksinator sudah diberi garis panduan dan ada prosedur tertentu perlu dipatuhi, seharusnya tidak akan timbul isu sebegini. Menurutnya, semua vaksinator di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah diberi garis panduan dan terdapat prosedur tertentu yang perlu dipatuhi mereka. Seharusnya, isu sebegini tidak timbul.

Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here