Benjy Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Di Medan, Indonesia

433

Pelakon terkenal dengan dram Kerana Cintaku Saerah, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy Ibrahim telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Waqaf Pasar 4 Klambir Lima kampung Medan Indonesia kira-kira jam 11.45 pagi (waktu Indonesia).

Menerusi kiriman daripada Persatuan Seniman Malaysia yang menyaksikan proses pengebumian arwah benjy secara langsung bersama keluarga dan anak Allahyarham dari tanah perkuburan di Medan. Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua sahabat Media..

Alhamdulillah arwah Benjy telah selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan Indonesia pada jam 11 pagi waktu Indonesia dan selesai semua acara pada jam 11.45 pagi.

Semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan. Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat. Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa.”

Terima kasih pihak keluarga yang memberikan kerjasama yang baik..
Al-Fatihah

Sumber: Persatuan Seniman Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here