Kronologi Kes Anak Sindrom Down Yang Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan Terkemuka!

899

Di media sosial, giat kempen #JusticeforBella dijalankan. Kempen ini dibuat susulan mahukan keadilan buat seorang anak istimewa Sindrom Down yang disyaki didera selepas ditemui melecur teruk pada dada, tangan dan leher.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusuff, beliau yang dikenali sebagai Bella disyaki didera di pusat asuhan di sebuah kondominium di Wangsa Maju dan pihak mereka menerima laporan kes berkenaan pada 24 Jun lalu.

Sejak 14 Julai 2020, Bella, 13 tahun tinggal di pusat asuhan berkenaan di bawah pengawasan seorang wanita berusia 28 tahun dan hasil siasatan mendapati unit yang didiami Bella turut didiami enam orang kanak-kanak dan dua daripadanya adalah OKU.

Penderitaan Bella terbongkar apabila beberapa penghuni pusat jagaan tersebut disahkan positif menyebabkan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang dan menemui mangsa yang mengalami melecur pada dada, tangan, leher, peha serta beberapa bahagian badan lain.

Turut disahkan positif COVID-19, di badan Bella kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur turut didapati mempunyai banyak bekas luka lama. Kempen yang dimulai oleh Puan Mona Din mendapat perhatian ramai susulan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan beliau di facebook peribadinya. Antaranya:

Pendedahan oleh bekas penghuni & mereka yang pernah datang melawat

Sekarang, kes Bella, seorang anak Sindrom Down yang disyaki didera ini masih berlangsung. Pihak polis dikatakan sedang mengambil keterangan saksi-saksi terlibat yang ketika ini masih menjalani kuarantin kerana positif COVID-19. Pihak polis turut memanggil suspek berusia 28 tahun bagi membantu siasatan.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengeluarkan notis pemberitahuan ‘notice of seal’ kepada rumah perlindungan terbabit. Dalam satu hantaran, dimaklumkan bahawa rumah kebajikan itu menjalankan operasi tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan di bawah peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993.

Malah atas perintah mahkamah, rumah kebajikan tersebut juga dilucutkan hak pusat jagaan terhadap Bella. Kes disisasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tempoh tidak melebihi 20 puluh tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan. Sebelum itu, dalam kenyataan peguam cara bagi pihak pengasas rumah kebajikan terbabit, Razif Abz Aziz & Partners pada 7 Julai lalu, pihak pengurusan menafikan tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap pengasas rumah kebajikan berkenaan berkaitan penderaan dilakukan terhadap adik Bella yang tular menerusi media sosial.

Malah pihak rumah kebajikan terbabit juga dilaporkan telah membuat dua laporan polis terhadap dua individu atas dakwaan tindakan mereka telah menyebabkan ketakutan dan tekanan kepada penghuni serta anak jagaan sah pengasasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here