4 Beranak Bersama Bayi 11 bulan Menaiki Motorsikal Mencari Bantuan, Tapi Bantuan Ni Hanya Untuk Anak Qariah Sahaja?

117

“Assalamualaikum.. Maaf.. Meluahkan sedikit rasa kecewa.. Dan Ada pertanyaan.. Betul ka.. Gerobok rezeki di Masjid hanya untuk anak qariah SAHAJA ke? Untuk bukan anak qariah.. Tak boleh bagi ke..?

Semalam kami naik motor anak beranak.. 4 orang..saya, Suami,anak perempuan 4tahun dan bayi 11bulan.. Pergi ke masjid..Sg P sebelah town. Masa masuk nak parking tu nampak kelibat 3 atau 4orang ahli masjid tengah berbual. Bila nampak kami ..terus pandang kami..Dalam hati saya dan Suami terus rasa malu Dan berlalu pergi Tinggalkan masjid.

Mungkin Semalam tiada rezeki untuk kami..Tengah hari tadi. Kami Cuba.. Mana tahu Ada rezeki.. Naik motor pergi ke masjid yg senarai Gerobok rezeki. Mula2 pergi ke masjid Hashim Yahya. Tp tiada sorg pun di situ..

Kami pergi ke Masjid Dekat dengan Hospital Pulau Pinang.. kalau tak silap. Masjid Sheikh Yusuf.. Masuk ke situ.. Ada Seorang ahli masjid situ menunjukkan isyarat tangan (masjid tutup)

Kami pun patah balik..cari masjid yang lain. Pergi ke masjid Sg Ge…… Masa masuk kawasan. Dengan harapan.. Ada rezeki Sebab Ada seorang ahli masjid Ada disitu..

Tapi “Maaf, saya tak boleh bantu Encik”(suami saya )time tu saya Ada sebelah suami.. Walaupun masjid ni Terima banyak sumbangan Dari pelbagai pihak. Tp kami Utamakan qariah” ‘Bantuan ni hanya untuk anak qariah sahaja. ‘

Encik (suami) kena pergi masjid tempat Tinggal sendiri.. Kalau masjid tempat sendiri tidak sediakan bantuan.. Beliau Suruh tanya. Ketua JKK. DUN ataupun PARLIMEN.

Sedih dan kecewa sangat. Anak saya yang perempuan tengok je Muka beliau. Kalau tak boleh nak beri Sekampit beras untuk saya.. 1 pek kecil biskut pun tak boleh bagi untuk anak saya ke encik?

“Takpa”. Kami pun Minta diri dulu.. Dan berlalu pergi dengan Tangan kosong. Sebab masa nak balik tu hujan Dan rintik-rintik. Sekadar luahkan perasan.. Harap tak ada Sesiapa yang terasa.

Terima kasih..ni saya tambah untuk yang nak ambil barang.. Kena ikut qariah sendiri. Takut jatuh fitnah.. Tapi saya tahu.. Mereka hanya menjalankan arahan Dan Sebab pegang amanah orang

Sumber Jabatan Netizen Prihatin Negara / fb Jebat Arassie Jebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here