Lima Daripada Tujuh Suspek Kes Gaduh Di Kelantan Positif Dadah!

1173

Semalam, viral di media sosial seorang lelaki dibelasah beberapa orang individu dipercayai berpunca daripada ejek mengejek. Dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, mangsa turut dilihat menendang bahagian hadapan kereta menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Terbaru, Berita Harian melaporkan ketujuh-tujuh suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan tersebut. Kesemua mereka ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Kota Bharu manakala seorang lagi di Pasir Puteh, Kelantan.

Berdasarkan siasatan awal, lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita dikesan positif dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun.

Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita, positif dadah jenis Benzo serta Amphetamine. Dua daripada mereka pula memiliki rekod lampau bersabit dadah dan jenayah.

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dikaitkan dengan kejadian pergaduhan. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here