“Individu Lahir Bulan Ogos Romantik, Penyayang & Pandai Memujuk” – Kajian Dr. Fadzilah Kamsah

372

Seperti bulan-bulan lain, Ogos juga merupakan bulan yang cukup istimewa. Malah bulan Ogos juga cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan dan memberi maksud tersendiri.

Bagaimana pula dengan insan yang lahir di bulan Ogos atau bulan lapan ini. Hasil kajian ini adalah mengikut kajian kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.

Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius. Insan yang lahir di bulan Ogos ini disifatkan sebagai seorang yang suka melawak dan membuatkan orang lain mudah tertawan dengan sikap mereka.

Mereka juga dikategorikan sebagai orang yang mempunyai sikap santung dan begitu ambil berat soal orang lain. Individu lahir bulan Ogos juga seorang yang berani, tidak tahu takut dan sangat tegas serta mempunyai ciri-ciri pemimpin.

Namun begitu, mereka juga begitu pandai memujuk orang lain, bersikap pemurah tetapi dalam masa sama mempunyai ego yang tinggi. Paling istimewa mereka mempunyai semangat juang luar biasa, mempunyai daya pemikiran tajam dan teliti serta mempunyai pemikiran yang teliti, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.

Insan kelahiran Ogos juga sangat romantik, pengasih dan penyayang dan paling suka mencari kawan. Jadi bagi yang masih belum bertemu jodoh, boleh pertimbangkan untuk mencari mereka yang lahir di bulan Ogos kerana mempunyai ciri-ciri suami idaman.

Walau bagaimanapun solal jodoh ini adalah urusan Allah dan kita hanya mampu merancang Tuhan juga menentukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here