Tol Gombak Dilapor Sesak, Balik Kampung Untuk Hari Raya Haji?

412

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini melaporkan keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak setakat tengahari tadi.

LLM menerusi ciapan di ruangan Twitter berkata, kesesakan berkenaan berlaku sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat dan Kuala Lumpur.

Selain itu, keadaan trafik di laluan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan juga dilapor turut sesak pada waktu yang sama sekitar 11.49 pagi tadi.

Manakala setakat 12.42 tengah hari tadi, trafik sebelum masuk Plaza Tol Sungai Besi arah ke Selatan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dilapor bergerak perlahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here