‘Sama2 Pakat Bantu Kak Gee Mencari Seorang Ustaz Yang Mampu Pulihkan Alya’ – Ibu Buntu Dua Anak Disihir, Dirasuk Panjat Dinding Sampai Kena Ikat!

574

Seorang ibu melalui dugaan terbesar dalam hidup apabila dua orang anaknya, Aliya Mysara (Adik) dan Azri Daniel (Acik) dipercayai terkena ‘buatan’ individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Rozita Ramli memuat naik kisah mengenai anak-anaknya yang menderita hampir separuh nyawa sekali gus memohon doa orang ramai agar dua beradik tersebut diberikan kesembuhan.

Difahamkan, anaknya Aliya berkelakuan pelik dan bertindak di luar jangkaan seperti merangkak dan memanjat dinding rumah selain ‘meracau’ akibat dirasuk dalam kejadian dipercayai di rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan.

“Ya Allah hantarkanlah hambamu yang boleh membantu keluargaku yang dalam kesusahan..kerana aku tak mampu lagi untuk menerima segala ujian darimu 1 demi 1 ujian yang aku telah terima. Sama2 pakat bantu Kak Gee mencari seorang ustaz yang mampu pulihkan Alya,” tulis Rozita yang mesra dipanggil Kak Gee.

Manakala bagi Azri pula selain disihir, difahamkan remaja berusia 17 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang kronik dan memerlukan rawatan rapi di sebuah hospital yang dijaga oleh bapanya.

“Doktor pun hairan dgn keadaan Azri, suruh buat perubatan Islam sebab pelik sangat. Sekarang duit pun diperlukan dan bantuan prubatan batin pun diperlukan. Kos perubatan hospital pun tinggi sgt perlukan duit nak kerja pun tak boleh,” kata Rozita.

Menurut Rozita, kejadian tersebut adalah ‘realiti’ dan percaya bahawa ia angkara khianat oleh individu tertentu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu demi melihat orang lain menderita. Difahamkan juga, anak sulungnya telah meninggal dunia dua tahun lalu didakwa akibat perbuatan sama yang masih ‘menghantui’ ahli keluarganya sehingga kini.

Sumber: Facebook Gee Geesnowwhite , TikTok @ros_801

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here