Zikir Diajar Rasulullah Pada Hari Arafah, Paling Afdal Diamalkan & Rugi Jika Tak Baca!

293

Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah merupakan puncak ritual ibadah haji di tanah suci dan menjadi salah satu rukun haji, yang menurut Rasulullah SAW bahawa “Haji itu adalah Wukuf di Padang Arafah”, tanpa dengannya, haji tidak sah.

Sabda Nabi s.a.w: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah. Bilakah waktu wukuf? Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Maka bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.

Namun bagi yang tidak berpeluang lagi menunaikan haji, boleh berpuasa selain amalkan zikir diajarkan oleh Rasulullah ini. Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini: Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Jadi jangan lepaskan peluang untuk berzikir pada pada Hari Arafah ini ya. Dalam sebuah hadis menyatakan, Allah paling banyak membebaskan manusia dari neraka.

Rasulullah bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari Neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: apa yang mereka inginkan?” (Hadis Riwayat Muslim, no.1348)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here