‘Mereka Saya Hantar Ke Sekolah Agama…’ – Dua Kanak2 Muslim Tumpang Kasih Ibu Angkat Berbangsa Cina

1748

Perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang seorang wanita berketurunan Tiong Hwa untuk memberi sepenuh kasih sayang terhadap dua anak angkatnya yang beragama Islam. Malah, beliau juga turut dipanggil dengan panggilan manja ‘mummy’ oleh kedua-dua anak angkatnya itu.

Kisah wanita itu yang kini meniti usia emas diceritakan oleh seorang individu bernama Ameer Carlief sebelum tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu ‘mummy’. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya.

“Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,”

“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,”

Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman dan harmoni tanpa ada rasa kebencian di dalam hati.

Terima kasih kerana sudi membaca!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here