Sempat Tunaikan Hajat Ibu, Nak Tengok Anak Kahwin Sebelum ‘Pergi’…

410

Bagi ibu bapa yang berusia, mereka pasti berhasrat untuk melihat anak kesayangan bahagia dengan mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati sebelum mereka ‘buat’ selama-lamanya. Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang lelaki ini apabila sempat menunaikan hajat arwah ibu untuk melihat dirinya berkahwin pada 9 Julai lalu dipercayai di Sibu, Sarawak.

Menerusi platform TikTok, Fidarus Ramli berkongsi sebuah video memaparkan dia dan isterinya Mira Mariana yang lengkap busana pernikahan mendekati ibunya yang sedang terlantar sakit. Pasangan itu kelihatan mengesat air mata, sebak melihat situasi ibu mereka yang terbaring sambil melelapkan mata dan tidak mahu berkata-kata.

“Ya Allah, mak pernah cakap harap panjang umur nak tengok anaknya kahwin. Alhamdulillah, mak sempat tengok kami kahwin. Al-Fatihah,” tulis anggota tentera itu yang dipanggil sebagai Daus. Namun Allah SWT lebih menyayangi ibunya apabila ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas pasangan itu berkahwin. Bagaimanapun, tidak dikongsi mengenai punca ibunya meninggal dunia.

Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata turut sebak melihat momen berkenaan selain berkongsi pengalaman masing-masing serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: TikTok @dausz_comunisz93 , Facebook Patrick Ho

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here