Tak Perlu Buat Sesi Pendedahan Kat Media Sosial, Duduk Bincang Elok-Elok!

817

Hari ini, kecoh di media sosial apabila individu yang aktif membantu rakyat Palestin di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi platfom Telegram memberikan pandangan peribadinya tentang misi bantuan ke Gaza oleh Ustaz Ebit Lew. Ujarnya, coretan tersebut hanyalah sebagai teguran yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman bagi semua pihak.

Susulan daripada itu, pelakon dan usahawan terkenal Sharnaaz Ahmad menerusi Instastory tampil memberikan respon berhubung kenyataan yang telah tular hari ini.

Ujar pelakon Jebat ini, dia meminta ketiga-tiga pihak (Nadir, Ebit Lews & Caprice) untuk berbincang sebaik mungkin dan tidak menggunakan platfom media sosial untuk menceritakan perkara sebenar apa yang telah terjadi. Tambahnya lagi, tindakan berkongsi di media sosial secara tidak langsung dapat mencemarkan nama baik Malaysia berikutan ianya mudah diakses oleh seluruh pengguna media sosial.

Apa pun bincang elok-elok. Tak payah buat sesi pendedahan kat media sosial macam ni. Yang buruk orang kita jugak malu lah haih nama Malaysia. Sapa salah sapa betul takyah jadi tontonan sekalian alam. Salah boh dalam lokap yang betul teruskan perjuangan. Selesai. Pada masa yang sama, Sharnaaz juga meminta ketiga-tiga individu ini untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain dan bersama-sama membantu umat Islam yang terjejas.

Aku bercakap melalui pengalaman. Masa muda dulu aku buat macam Caprice buat. Tapi aku level peringkat negeri jelah dia level dunia. Kepada Nadir, Ebit, Lew, Caprice sit down (duduk bersama) talk (cakap), forgive (maafkan), join together (bersama-sama). Tetapkan pendirian help Islam (bantu Islam) not distroy (bukan musnahkan).

Aku tak bijak bab agama. Tapi Islam unit bukan dalca. Sebab mereka ini lah Islam disayangi, jangan sebab mereka juga, Islam dibenci oleh mata luar. Menerusi Instastory yang terakhir, Sharnaaz menjelaskan dia sama sekali tidak mahu mengetahui pihak mana yang benar dan sebaliknya. Apa yang dimahukan olehnya, cukup ketiga-tiga ikon ini berjaya mengharumkan nama Islam dan Malaysia di persada antarabangsa.

Kalau di tanya aku, aku takmau tau pun sapa salah. Yang aku nak tau, tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan mengharumkan nama Islam dan Malaysia. Cukup takat itu permintaan aku. Ak sayang @Caprice aku sayang @EBitLew tapi dua-dua tak bagi aku fridge magnet.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here