Dituduh Mandul Oleh Ibu Mentua & Hampir Bercerai, Rupanya Suami Yang ‘Problem’…

483

Sudah pasti bagi setiap pasangan yang dah mendirikan rumahtangga inginkan zuriat. Tidak kira cepat atau lambat, apabila dikurniakan zuriat, maka lengkaplah institusi keluarga berkenaan. Namun, tidak semua diberikan kemudahan rezeki ini ada juga yang terpaksa berdepan dengan situasi apabila dipandang rendah oleh keluarga.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila terdapat senario di mana si isteri lazimnya akan dipersalahkan oleh keluarga mentua dan dituduh menjadi punca utama mengapa masih belum dikurniakan cahaya mata.

Seperti kisah yang dikongsi Infobumildansikecil menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, meraih perhatian ramai menceritakan nasib yang menimpa seorang wanita ‘malang’ apabila asyik dipersalahkan oleh ibu mentua sendiri kerana belum dikurniakan rezeki untuk mengandung.

Kisahnya bermula apabila pasangan ini datang ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut dan menceritakan mereka sudah pun mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mereka hampir bercerai kerana pihak keluarga mentua mendakwa menantunya mandul dan tidak dapat memberikan zuriat buat anak lelaki mereka.

Hampir bercerai kerana pihak keluarga suami cakap isteri mandul. Hasil pemeriksaan mendapati rahim wanita itu normal dan tidak mempunyai sebarang masalah dan boleh mengandung seperti biasa.

Namun, dakwaan yang dilemparkan oleh ibu mentua meleset sama sekali apabila doktor menjelaskan hasil laporan makmal menyatakan sperma lelaki berkenaan mempunyai masalah Teratozoospermia (Pemeriksaan air mani mendapati sebanyak lebih 40% sperma dalam air mani mempunyai bentuk yang tidak normal).

Pada masa yang sama, doktor ini sempat menceritakan lebih 50% kes kemandulan adalah berpunca daripada pihak suami sendiri. Di hujung video tersebut, wanita ini menjelaskan dia sama sekali tidak akan berputus asa dan akan tetap berusaha bersama suaminya bagi mendapatkan anak kandung sendiri.

Sumber: Tiktok @infobumildansikecil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here