7 Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari! Rupanya Ramai yang Tersilap Selama Ni…

1300
Side view of of smiling attractive woman practicing plank exercise on mat listening to music and watching cellphone

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal. Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’? Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan! Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa. Bagi yang bekerja di hadapan komputer, anda pasti mengalami masalah sakit bahu dan belakang akibat duduk terlalu lama.

 

Senaman ini sangat baik untuk membetulkan postur badan dengan menguatkan otot belakang, bahu, leher dan abdomen. Ini dapat melatih anda mengekalkan posisi bahu dan pinggang yang betul ketika duduk. Senaman plank juga dapat meningkatkan kekuatan isometrik pada otot abdomen bagi mengelakkan anda untuk membongkok ketika duduk.

Senaman plank bukan sahaja baik untuk menguatkan otot, malah ia juga baik untuk meregangkan bahagian bawah badan. Rutin regangan memberi manfaat kepada tubuh dengan meningkatkan lagi tahap fleksibiliti badan. Jika anda ingin membuat regangan pada bahagian sisi, anda boleh berlatih posisi ‘side plank’ seperti di bawah.

Jika anda bosan dengan posisi plank biasa, terdapat banyak lagi posisi plank yang anda boleh cuba. Dalam melakukan senaman, jangan pula terlalu memaksa badan melebihi kemampuan. Senaman plank ini boleh diolah mengikut tahap kekuatan badan.

Antara salah satu bentuk modifikasi yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan plank menggunakan kerusi terlebih dahulu. Untuk ‘beginner’, anda boleh mulakan dengan menahan posisi selama 15 ke 30 saat. Semakin anda sering berlatih, kekuatan badan akan meningkat.Anda bolehlah menambah masa plank serta tukar posisi yang lebih mencabar kekuatan badan. Rutin kerja yang memerlukan kita duduk pada masa yang lama serta gaya hidup yang kurang aktif membuatkan kita mudah mengalami sakit belakang.

Amalan senaman plank dapat mencegah seseorang daripada masalah ini. Senaman plank yang menguatkan otot abdomen dapat mengurangkan beban daripada berat badan ketika kita berdiri dan duduk. Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan masalah sakit belakang. Selain menguatkan otot badan, senaman plank juga berperanan dalam menstabilkan otot bagi meningkatkan kebolehan imbangan badan.

Badan bergantung kepada kekuatan abdomen bagi mendapatkan keseimbangan. Antara aktiviti yang mementingkan imbangan badan ialahi berlari, berbasikal dan mendaki gunung. Disamping membaiki imbangan badan, otot yang stabil juga dapat mengelakkan seseorang daripada mudah cedera ketika melakukan aktiviti fizikal.

Dengan rutin plank yang menguatkan kebanyakan otot badan pada satu masa, ia juga berupaya untuk membakar lebih banyak kalori. Otot yang semakin kuat dan sihat dapat meningkatkan lagi tahap metabolisma badan serta mengurangkan risiko penghasilan lemak di badan yang boleh menyebabkan berat badan meningkat.

Senaman plank merupakan senaman yang sesuai bagi yang mempunyai kekangan masa untuk bersenam. Anda cuma perlukan maksimum 2 ke 5 minit sehari untuk melakukan plank. Senaman ini baik bagi menguatkan otot-otot badan serta baik untuk membaiki postur badan.

Inilah cara yang bet untuk melakukan plank:

Langkah 1: Pertama sekali merangkak dan angkat lutut dari lantai. Sekarang luruskan kaki anda untuk membuat tubuh anda lurus seperti sebuah papan (plank) sepenuhnya. Langkah 2: Kaki anda harus selebar bahu dan telapak tangan anda harus tepat di bawah bahu anda, menekan lantai.

Langkah 3: Panjangkan tulang belakang anda dan latih otot perut, lengan, dan kaki Anda. Panjangkan bahagian belakang leher anda dan lihat ke bawah. (Jangan pandang depan tau!) Langkah 4: Tahan posisi ini setidaknya 10-30 saat, lalu relaks. Ulangi sebanyak beberapa set dalam tempoh 2 hingga 5 minit.

JOM BUAT SENAMAN PLANK!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here