Perkongsian Pakcik Hadi Mengenai Kisah Hidup, Ramai Yang Sebak Dan Tak Sangka Apa Yang Berlaku Dalam Hidupnya…

496

Sejak video tular seorang warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi yang didakwa dimalukan depan khalayak ramai tular, pelbagai pihak telah tampil menyantuninya. Dari golongan artis sehinggalah badan bukan kerajaan (NGO) turun ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar kepada warga emas tersebut.

Selain itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Warq Torturer telah memuat naik kembali perkongsian seorang temannya dikenali sebagai Dhila Fadhilah yang sempat bertemu langsung dengan Pakcik Hadi. Dalam penulisan wanita itu di FB, dia menjelaskan yang warga emas berkenaan tidak marah atau berkecil hati dengan usahawan tersebut.

Dalam pada itu, Pakcik Hadi menjelaskan kepadanya yang pada masa muda dahulu, dia bukanlah seorang yang malas, cuma dia tidak ke sekolah dan mempunyai masalah buta huruf. Dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat mahkamah dan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang diterimanya telah digunakan untuk tujuan upah haji buat kedua ibu serta bapanya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook Warq Torturer dengan memuji tindakan baik pakcik tersebut walaupun tidak pasti kesahihannya. Mereka juga masing-masing berharap agar apa yang telah berlaku menjadi ikhtibar untuk semua kerana kita tidak tahu kesusahan dan kehidupan seseorang itu di masa lalu.

Terdahulu, video Pakcik Hadi seperti dimarahi oleh seorang usahawan terkenal telah tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet. Sedar akan kesilapannya, usahawan tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan bertemu sendiri Pakcik Hadi bagi menjelaskan hal sebenar. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk semua pihak.

Sumber: Facebook Warq Torturer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here