SERAM! Lelaki Tua Misteri Bertongkat Berdiri Depan Rumah Awal Pagi, Apa Yang Pelik Pagar Rumah Tinggi Dan………

671

Di Sungai Petani, Kedah, kejadian aneh menimpa penduduk sebuah taman perumahan apabila seorang lelaki tua dikatakan menceroboh masuk ke kawasan rumah pada awal pagi. Menurut pengguna Facebook, Ruqaiyyah Annamirah, pada jam 5.20 pagi dia melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di kawasan unit rumah.

Dia mendakwa melihat lelaki tua bertongkat memasuki kawasan rumah jiran dan membuka sangkar anjing. Lelaki tua itu dengan selamba bermain dengan anjing besar yang dipelihara jiran hadapan rumahnya itu.

Dakwanya lagi, lelaki tua itu tidak melarikan diri apabila sedar pergerakannya diperhatikan. Sebaliknya dia berjalan perlahan-lahan ke belakang rumah. Kawasan perumahan memang autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain.

Menurut wanita ini lagi, kawasan perumahan disitu jenis autogate dan dia sendiri tidak tahu bagaimana pak cik tua itu dapat masuk tanpa memecahkan pagar. Katanya, beberapa hari kebelakangan ini kawasan rumah sering putus bekalan elektrik. Jam loceng juga akan tiba-tiba berbunyi pada pukul 4 dan 5 pagi.

Difahamkan, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu. Risau dengan keselamatan anak-anak dan penduduk di situ, wanita ini memohon doa agar mereka sentiasa dilindungi.

Sumber: Ruqaiyyah Annamirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here