Berkat Hasil Usaha Berniaga, Gadis Mampu Beli Mercedes Pada Usia 20 tahun!

513

Buat sesiapa yang berusaha, pasti mereka boleh mengecapi harta dan kekayaan yang diimpikan suatu hari nanti. Begitulah seperti kisah gadis berusia 20 tahun ini apabila dia berjaya meraih kejayaan di usia muda.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi TikTok, usahawan tudung itu dilihat menerima sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz yang dibeli menggunakan duit simpanan sendiri. Memetik temubual mStar, gadis bernama Nur Alia Shahirah Hayazi itu bercerita bahawa dia sudah melibatkan diri dalam perniagaan sejak 13 tahun lagi.

“Saya start bisnes masa tingkatan 1. Masa tu saya jual sabun madu kelulut, jual baju bundle, jual chocojar, ayam Korea, kek dan macam-macam lagi. Ketika tingkatan 5 saya mula jual tudung pula. Kemudian habis sekolah, saya sambung pengajian dalam bidang Filem di Universiti Teknologi Mara (UITM). Sempat belajar sebulan, saya berhenti dan terus fokus pada bisnes,” katanya.

Berkongsi mengenai kereta pertamanya itu, Alia berkata bahawa dia sudah menabung wang selama 2 tahun dan tidak sangka impiannya akan menjadi kenyataan. Pada awalnya dia mahu membeli kereta Perodua Axia atau MyVi tapi kerana rezeki Allah, dia memilih kereta Mercedes.

“Ini kereta pertama, saya menabung sejak 2 tahun lalu. Tapi kalau diingat semula masa tingkatan 5 dulu, saya hanya target nak beli Perodua Axia atau MyVi. Tapi ini semua rezeki Allah. Mungkin nampak biasa pada mata orang, tapi ia luar biasa pada saya. Saya kadang-kadang tak tidur malam fikirkan perniagaan,” jelasnya.

Menurut anak bongsu daripada 3 beradik berkenaan, dia berasa seronok menjadi usahawan pada usia muda. Selain dapat pengalaman baharu, Alia turut bersyukur kerana dapat berbakti kepada keluarga.

Sumber: TikTok @aliacollection

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here