(Video) Dihantui Ketukan Misteri Setiap Malam, CCTV Bongkar Sosok Putih Berdiri Depan Rumah.

1395

Sebuah video yang memaparkan satu kelibat putih misteri yang dirakam kamera CCTV telah menjadi tular di media sosial. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Batu Bara, Sumatera Utara, Indonesia.

Video tersebut asalnya telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Asty Nirwana. Video yang dimuat naiknya telah dikongsi lebih ratusan pengguna Facebook yang lain. Dalam video tersebut, sejumlah penduduk setempat dapat dilihat sedang menonton rakaman CCTV itu di sebuah kedai.

“Malam tadi kami dikejutkan dengan insiden ketukan rumah ke rumah pada pukul lapan, kemudian kelibat itu telah mengetuk pintu jiran saya pada pukul 5 pagi, kemudian pintu jiran saya yang lain juga turut diketuk pada waktu subuh, saya tidak tahu pukul berapa, oleh kerana itu kami mahu melihat siapakah pelakunya,” kata perakam.

Ketika rakaman itu dimainkan, dapat dilihat bahawa ada satu entiti yang berpakaian putih sedang berdiri di depan salah satu rumah. Ya Allah! La haulawala kuwata illa billah. Sumpah, saya seram,” kata suara dalam video itu.

Entiti putih itu dapat dilihat menjelma selama beberapa saat dalam rakam CCTV tersebut sebelum hilang secara tiba-tiba. Pengguna yang memuat naik video itu bagaimanapun mengakui bahawa video tersebut didapatnya dari akaun Facebook lain. Dia mengakui kejadian itu terjadi di daerah tempat tinggalnya, di Talawi, Batu Bara.

“Kawasannya sama dengan saya. Di daerah Talawi,” kata Asty. Dia mendakwa bahawa di lokasi itu ada rumah penduduk yang pintunya diketuk pada waktu malam. Menurutnya, sebanyak tiga rumah telah diketuk pada waktu malam. Dia menyatakan bahawa tidak dapat dipastikan apa sebenarnya entiti putih seperti yang dirakam dalam rakaman kamera CCTV itu.

Sumber: Detik News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here