“Kau Tu Salah Guna Skincare..” – PU Azman Tegur Trend gadis2 Cakap Muka Kena Penyakit ‘Ain

    804

    Sejak kebelakangan ini, trend mengatakan wajah yang ‘breakout’ sebagai penyakit ain kerap kali lalu di ruangan aplikasi TikTok.

    Ada sahaja para remaja khususnya remaja perempuan yang memaklumkan dirinya terkena penyakit ain disebabkan wajah mengalami masalah kulit.

    Teguran kepada yang ikut trend
    Jadi, beberapa individu telah menegur trend tersebut di aplikasi sama supaya tidak ada yang sesuka hati mengandaikan terkena penyakit misteri tersebut sedangkan wajah asal memang bermasalah.

    Selain daripada mereka, pendakwah dan juga peserta program Pencetus Ummah yang mesra disapa PU Azman pun ada memuat naik satu video memberi amaran kepada anak muda supaya tidak sesuka hati meletakkan penyakit ain sebagai punca muka ‘breakout’.

    Menurutnya, penyakit ain bukanlah satu penyakit yang boleh dibuat main-main atau dijadikan konten untuk tatapan pengikut di media sosial.

    Hal ini kerana Nabi S.A.W pernah berkata dalam hadis sahih yang penyakit tersebut benar-benar berlaku disebabkan pandangan mata seseorang.

    “Penyakit ‘ain, adalah penyakit yang berpunca dari pandangan mata seseorang terhadap kita dengan pandang kagum atau benci. Ia boleh membawa maut. Semua dengan izin Allah. Takder yang pelik.” tulisnya lagi di

    PU Azman turut menambah yang Imam Nawawi menyifatkan penyakit berkenaan sangat merbahaya dan boleh membawa ma’ut.

    Jadi, pendakwah itu berpesan supaya elakkan dari bergurau atau mempermainkan sesuatu penyakit kerana ia merupakan antara sensitiviti yang perlu dijaga dalam melakukan sesuatu konten untuk tatapan umum.

    Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata bersetuju dengan pandangan pendakwah muda berkenaan dan meluat melihat mereka yang sesuka hati mengaku terkena penyakit ain tanpa pengetahuan yang jelas.

    Sumber: Instagram @puazman, @littlemisfei, @syamil_irfnn

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here