Selalu Tanya Pasal Solat, Gadis Syukur Majikan Pilih Islam Jadi Pegangan Hidup

    1004

    Seorang gadis meluahkan rasa syukur apabila majikan lelakinya terbuka hati untuk menerima agama Islam sebagai pegangan dalam menjalani kehidupan selepas dikurniakan hidayah Allah SWT.

    Menerusi perkongsian di platform TikTok, Ezatiey Shah memuat naik kompilasi video memaparkan lelaki berbangsa Cina itu berminat untuk mendalami ajaran Islam sebelum melafazkan dua kalimah syahadah. Gadis berusia 21 tersebut berkata, Mr Yee atau memilih nama Islam sebagai Aariz Yee itu sering membantu dirinya melakukan tugas ketika dia menunaikan solat dalam tempoh waktu bekerja.

    “My boss, dia selalu cover masa kerja waktu i solat dan banyak kali tanya pasal solat & Islam. Dia beragama Buddha sebelum ini dan mengambil keputusan untuk kembali kepada Islam,” tulisnya.

    Kompilasi video berdurasi 44 saat itu memaparkan Aariz membaca buku cara untuk bersolat dan berdoa selain mempraktikkan sehingga berjaya melafazkan ayat-ayat suci al-Quran dengan sempurna.

    Video tersebut meraih sebanyak 215,000 tontonan dan ratusan komen warganet dimana segelintir individu mengusik agar mereka bertemu jodoh sekali gus Ezatiey dapat membimbing lelaki berkenaan. Bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar majikannya itu terus istiqamah dan menemui ketenangan jiwa dalam menjadi hambaNya yang diredhai.

    Sumber: TikTok @ezatiiiiey

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here