Belum Selesai Kes Adik Bella, Kali Ni Siti Bainun Failkan Permohonan, Dapatkan Semula 5 Anak Angkat Dari JKM! Ramai Yang…

    771

    Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan bagi mendapatkan semula hak penjagaan lima anak angkatnya yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Menurut laporan Kosmo! Online, wanita berusia 29 tahun itu serta lima ibu kandung kepada anak angkatnya bertindak melalui Tetuan Chambers of Aminatul Mardiah dengan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden di Mahkamah Majistret, Isnin lalu.

    Permohonan itu turut disertakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung semua kanak-kanak tersebut yang mahu hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun. Hari ini (semalam) sepatutnya adalah pendengaran permohonan kerana kami memfailkan perakuan segera. Bagaimanapun pihak JKM tidak bersedia…

    “…dan mahu membalas afidavit yang difailkan dan mahkamah menetapkan 14 September untuk pendengaran permohonan tersebut,” kata peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor. Nur Aminahtul berkata, lima anak jagaan tersebut berusia antara dua hingga 16 tahun yang kesemuanya sebelum ini di bawah jagaan Siti Bainun dimana dua daripadanya adalah Sindrom Down.

    Selain itu, Nur A’minahtul juga memaklumkan pihaknya telah mendapatkan permohonan interim bagi membenarkan Siti Bainun diberikan akses kepada lima anak angkatnya. Akses berkenaan adalah panggilan video (video call), penghantaran lampin pakai buang, susu dan gajet bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas keterangan diambil bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja orang kurang upaya (OKU). Bagaimanapun, Mahkamah Majistret menolak permohonan reman berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.

    Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here