Elak Salah Faham, Syatilla Melvin Respon Isu Nak Bagi Anak Shuib Susu!

    957

    Shuib akui mula terfikir bagaimana untuk menjaga anak-anaknya terutamanya bayi Ayash Affan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lepas. Malah, dia turut risau mengenai soal susu yang akan diminum oleh bayi tersebut sejurus dibenarkan pulang ke rumah nanti.

    Menerusi sesi bacaan yasin semalam, Shuib memaklumkan pelakon, Syatilla Melvin ada menyuarakan keinginan untuk membantu. Bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat, Syatilla tampil menjelaskan perkara sebenar. Jelas Syatilla, dia mempunyai seorang rakan baru melahirkan anak yang mempunyai susu badan yang banyak.

    Salam Shuib, Tilla Whatsapp ni tujuannya untuk nak tolong anak Shuib kalau-kalau perlukan susu badan, kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok. Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider. Mesej tersebut jelasnya dihantar ketika arwah Siti Sarah berada di ICU selepas melahirkan Ayash Affan.

    Ini antara conversation Tilla dengan Shuib semasa arwah kak Sarah masih bertarung di ICU. Mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dah boleh clear dah. Ya Allah, kau sihatkanlah anak soleh mereka ya Allah. Jadikan anak-anak mereka, anak-anak yang taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari Islam ya Allah.

    Sumber: Syatilla Melvin

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here