Orang Ramai Dijangka Dapat Melihat Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Lewat Malam…..

    1047

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui laman Twitter rasmi memaklumkan bahawa pancuran Meteor Perseids dijangka berlaku esok. Orang ramai dapat melihat fenomena angkasa ini yang kemuncaknya dijangka berlaku lewat malam esok (12 Ogos 2021) hingga awal pagi 13 Ogos 2021.

    Pancuran Meteor Perseids pernah dirakamkan pada 12 Ogos 2018 di Felda Lembah Klau. Kemunculan meteor ini selalunya boleh dilihat sekitar 17 Julai hingga 24 Ogos 2021. Namun, kemuncaknya dianggarkan berlaku sekitar jam satu pagi pada 13 Ogos, dengan purata bilangan meteor 60 hingga 100 meteor sejam.

    Sumber: MOSTI

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here