Remy Ishak Dapat Hadiah ‘Misteri’ Daripada Istana. Tengok Apa Yang Mereka Dapat….

    814

    Pernikahan pelakon kacak yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita, Remy Ishak dengan pasangannya, Ezza Yusoff pada Sabtu 21 Ogos 2021 benar-benar memberi senyuman buat peminat-peminat. Majlis yang berlangsung dengan begitu ringkas apabila mereka hanya bernikah di masjid sahaja demi mematuihi prosedur operasi standard (SOP) tetap menjadi sebutan.

    Pasangan tersebut telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada ahli keluarga, kenalan dan juga peminat yang tak henti-henti di media sosial sejak disahkan sebagai suami isteri. Namun begitu, menerusi Instagram Remy, pelakonkacak itu dan isterinya telah memuat naik satu video menjunjung kasih kepada KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila mengirimkan hadiah perkahwinan buat mereka.

    Pasangan tersebut begitu terharu dengan pemberian berkenaan dan ingatan tulus ikhlas yang diterima dari istana bagi meraikan hari perkahwinan mereka. Dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning di atas meja yang dibungkus dengan cantik dihadapan mereka. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Remy dan Ezza mengucapkan ribuan terima kasih diatas anugerah perkahwinan tersebut dan mendoakan agar KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong diberi kesejahteraan di dunia dan diakhirat.

    Sumber: Instagram Remy Ishak

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here