Rumah Rosak Teruk & Harta Benda Hilang Dibadai Kepala Air Gunung Jerai, Mohon Sumbangan RM10k Untuk…

    469

    Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai yang telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk di Yan. Difahamkan, kejadian itu juga telah menyebabkan empat orang penduduk telah meninggal dunia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin air sudah surut, namun kesan selepas banjir itu pastinya sangat sukar untuk dihadapi. Manakan tidak, kebanyakan rumah penduduk telah terjejas teruk dan segala harta benda sudah hilang. Mereka juga memerlukan masa untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur.

    Susulan itu, aktivis masyarakat, Natipah Abu, kali ini telah membuka slot sedekah Jumaat untuk membantu meringankan beban-beban mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai. Sasaran kali ini adalah sebanyak RM10,000. Mari ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut. Tragedi kepala air di Gunung Jerai, Rabu lalu telah membawa kemusnahan harta benda yang tidak terhitung jumlahnya kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terlibat.

    Hari pertama selepas tragedi, penduduk giat membersihkan kediaman masing masing. Bagi mereka yang terjejas teruk, kerja-kerja pembersihan tidak cukup sehari. Mangsa tragedi itu juga sangat mengalu-alukan bantuan khidmat tenaga kerja untuk mencuci rumah yang ditenggalami lumpur. Mendengar rintihan mereka, walaupun telah kehilangan segala harta-benda yang berpuluh tahun dikumpul dan dimiliki hasil titik peluh mencari rezeki, namun rata-ratanya bersyukur kerana terselamat di dalam tragedi itu.

    Bagi meringankan beban mangsa, maka itu Sedekah Jumaat kita diakad utk membantu mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai. Buat masa ini, pihak kita akan meneruskan sumbangan roti gardenia, air mineral, makanan siap dimasak dan peralatan mencuci rumah yang dibuat sebelum ini kerana inilah antara yang diperlukan kini. Jumaat yang barakah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita hendaknya.

    Sumber: Natipah Abu

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here