Tarikh Sama Hari Nikah, Kemunculan Pengantin Di PPV Raih Perhatian!

    197

    Sejak kebelakangan ini, ramai yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan kostum dan pakaian yang menarik sekaligus mencuri tumpuan ramai. Namun berbeza dengan pasangan ini apabila mereka hadir dengan pakaian pengantin namun ianya bukan hanya kostum semata-mata.

    Pasangan ini sebenarnya menerima tarikh vaksin yang sama dengan hari pernikahan mereka. Memandangkan kedua-duanya sama penting, pasangan ini tiba di PPV itu lengkap dengan pakaian pengantin untuk menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.

    Di dalam video yang dikongsikan ini, pasangan itu dilihat memakai pakaian pengantin serba putih seperti yang selalu dipakai pasangan pada hari pernikahan. Malah pengantin perempuan juga sudah siap memakai mekap pengantin bersama-sama inai merah di tangannya.

    Pengantin perempuan itu dilihat sedang mengisi borang sambil ditemani oleh pasangannya di sebelah. Mereka juga dilihat dalam keadaan yang tergesa-gesa dan segera bergerak ke stesen yang seterusnya untuk melengkapkan prosedur menerima vaksin itu. Kemunculan pengantin ini juga turut menarik perhatian orang ramai di pusat pemberian vaksin itu. Dikhabarkan, pasangan ini selamat dinikahkan sejurus selepas menerima suntikan vaksin mereka di pusat pemberian vaksin tersebut.

    Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian pada pasangan pengantin ini yang berjaya melengkapkan temu janji mereka ini. Ada juga yang menganggap ini tentunya satu momen yang sangat unik dan tidak pernah dilihat berlaku sebelum ini. Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here