[TERKINI] BACA!!! Selepas Beri Keterangan Berhubung Isu Viral Sebelum Ni, Ini Yang Ustaz Ebit Luahkan..

    864

    Semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk diambil keterangan berhubung kes gangguan seksual. Sebentar tadi, Ustaz Ebit Lew yang ditemui selepas memberi keterangan kepada pihak polis tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum ini. Jelas Ebit Lew, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata.

    Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Saya serahkan kepada pihak polis dan ia satu fitnah yang kejam dan melampau tapi saya reda. Saya selalu cakap kat mana-mana dan jadikan pelajaran buat saya. Hidup ni cuma satu tujuan untuk Allah sayang. saya maafkan siapa sahaja apa yang terjadi di luar sana mungkin boleh nilai sendiri.

    Saya maafkan semua sekali dan saya maafkan siapa sahaja tu. Apa yang terjadi ni membuatkan saya makin bersemangat. Saya akan teruskan usaha saya membantu tapi saya nak teruskan sampai bila-bila. Pendakwah berusia lingkungan 30-an itu telah selesai memberi keterangan selama lima jam dan siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

    Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan, pihak polis telah merakamkan keterangan percakapan Ustaz Ebit Lew bagi membantu siasatan mengenai kes gangguan seksual. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan seorang lelaki yang mirip pendakwah tersebut.

    Sumber: Kosmo, Polis Diraja Malaysia

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here