[TERKINI] Tak Tahan Nama ‘Dipetik’, Tauke Akui Dia Memang Ditahan. Tapi Yang Paling Tak Sangka Netizen Sorang Ni….

    295

    Pelawak, Tauke, 45, akhirnya membuat pengakuan bahawa dia adalah individu yang ditahan polis baru-baru ini, bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi se.ks.

    Pengakuan itu dibuat Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menerusi Instagram Storynya, semalam dan turut diulang siar oleh isterinya, Nadia Mohd Affandi.

    “Kepada yang tak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau transpoter (pengedar), tiada kaitan dengan aktiviti tersebut,” tulisnya.

    Baru-baru ini, Tauke ketika dihubungi Harian Metro, menafikan dia adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Katanya, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. Malah, ujarnya dia juga tiada hak untuk menutup mulut orang terutama apabila namanya ‘dipetik’ segelintir netizen.

    Pada Selasa lalu, Harian Metro turut melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

    Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan berkenaan. Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet. Tidak terkecuali, ada juga nama beberapa pelawak lain turut dikaitkan.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here