[UPDATE] “Arwah Bergelut Selamatkan Anak Kami. Saya Janji…” – Perkongsian Shuib Buat Ramai Sebak!

    1896

    Shuib berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin. Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.

    Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6. Sementara itu, jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

    Shuib berkata, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya. Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama arwah ibunya. Namun, sebaik tiba di sini saya bersyukur pihak hospital membenarkan jenazah isteri dikebumikan di sana. Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya,” katanya.

    Menurut Shuib, urusan memandikan dan solat jenazah akan diuruskan pihak hospital. Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi, hari ini.

    Sumber: Harian Metro

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here