Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang wanita menangis ketika menjadi saksi pernikahan kedua suaminya menjadi tular di serata laman sosial. Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram PalembangTerkini itu, wanita terbabit dilihat sedang berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.
Difahamkan lagi, suaminya berkahwin kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana dia sakit tenat dan memerlukan penjaga. Jadi, wanita itupun mengikhlaskan hati dan memberi keizinan buat suaminya untuk berkahwin lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut sebak menyaksikan video itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang beranggapan wanita itu tidak reda dengan pernikahan suaminya.
Sumber: Suara.com (Reza Gunadha, Aulia Hafisa), Instagram PalembangTerkini