Boleh Cuba Buat, Guna Satu Bahan Je Untuk Hilangkan Kutu Beras!

    727

    Biasanya kalau kat rumah, ada sesetengah barangan dapur dan makanan kita cukup ‘digemari’ oleh serangga seperti semut, lalat dan lipas. Tidak kurang juga, beras yang disimpan dalam bekas pun kadang-kadang ‘diburu’ kutu.

    Isu kutu yang hidup dalam beras ni bukan perkara baru, namun sudah lama ia berlaku sejak zaman nenek kita di kampung lagi. Petua yang orang zaman dulu amalkan, beras perlu disimpan dalam tempayan dan diletakkan di dalamnya cili kering.

    Bagaimanapun pada zaman moden ini, bukan semua yang mempunyai tempayan. Ada pilihan lebih mudah dan jimat seperti menggunakan tong atau bekas biasa untuk menyimpan beras. Tapi, masalahnya, kutu pula hidup ‘sakan’ di sini.

    Macam mana cara terbaik nak halau kutu? Inilah yang mahu dikongsikan dalam video di bawah ini. Percaya tak, individu dalam video ini berjaya halau kutu beras hanya dengan menggunakan cuka saja?

    Caranya begini. Tuangkan sedikit cuka ke dalam cawan, kemudian letakkan cawan tersebut di tengah-tengah permukaan beras dan biarkan. Nanti lama-kelamaan, kutu-kutu itu dilihat akan menjauhi beras dan hanya berkumpul di luar bekas.

    Tidak pasti cuka jenama apa yang digunakannya, tapi nampak berhasil kan? Apa kata anda cuba sendiri selepas ini, kita tengok jadi ke tidak? Untuk kefahaman lebih jelas, sila tonton video di bawah ini.

    Video yang dimuat naik ke TikTok ini telah ditonton lebih 356,000 kali setakat artikel ini ditulis. Malah ia juga meraih pelbagai maklum balas daripada segenap netizen, rata-ratanya terkejut dengan ‘inovasi’ mudah ini.

    Sumber: TikTok Thesiakapkeli

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here