Saya Juga Harap Dia Sempat Diberi Satu Lagi Peluang.. Anak2 Pun Rindukan Dia..

    368

    Adik kepada Nur Sajat iaitu Nur Mustika merayu kepada semua pihak agar memberi satu lagi peluang buat usahawan kosmetik tersebut untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Ujar Mustika, Sajat seorang anak yang baik dan taat kepada kedua-dua orang tua mereka.

    Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat. Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua. Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu.

    Menerusi laporan Harian Metro, Mustika memberitahu bahawa mereka berdua sangat rapat dan kali terakhir mereka berjumpa antara satu sama lain pada bulan Februari yang lalu. Sebagai adik, Mustika berharap Sajat kuat dan berjaya menempuh ujian hidup ini. Tambah Mustika, dia pernah memberi teguran terhadap Sajat ketika timbulnya pelbagai kontroversi sebelum ini.

    Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang. Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan.

    Disoal mengenai kisah Nur Sajat yang ditahan di Thailand, Mustika berkata mereka hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media pada hari Isnin yang lalu. Jelasnya, mereka sekeluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoalkan kesahihan perkara itu.

    Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya? Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu. Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu.

    Terdahulu, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat telah terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

    Sumber: Harian Metro

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here