Cara Bersihkan Beras Berkutu Guna Oven, Memang Menjadi!

    282

    Pelbagai cara sebenarnya boleh anda cuba untuk bersihkan beras yang ada kutu dan berhabuk akibat ditinggalkan terlalu lama atau tidak digunakan lagi. Antara cara paling mudah yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan oven sahaja. Bukan hanya boleh membakar biskut malah juga ada kegunaan lain.

    Tips ini telah dikongsi oleh saudari Nurhasanah Harun di laman Facebooknya dan sehingga kini telah menerima 1.2 ribu ‘share’ oleh pengguna Facebook. 6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah, lagipun sekarang cuaca hujan kan

    Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.

    Sebelum bakar. Merayap je dia lari pergi bawah. Dah bakar. Ayak buang bubuk dan ambil yang bersih. Ni haaa. Bukan bubuk je, segala habuk pun ada. Kalau tak ada oven tu boleh goreng tnpa minyak dalam kuali. Sekejap sahaja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.

    Macam mana nak tahu beras masih elok?

    Cuba basuh beras kalau tak ada warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan, cuba la patahkan beras tu, dalam dia ada ulat bubuk. Semoga manfaat dan selamat mencuba!

    Sumber: Facebook Nurhasanah Harun

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here