CARA TUKAR DUIT SYILING GUNA MESIN DI BANK, DUIT TERUS MASUK AKAUN

    350

    Dah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.

    1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti. 2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.3.Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.

    5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).

    Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Mana tahu mesin under maintenance, dah takde ke kan. Buang masa je datang.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here