“First Date Katanya… KL To Taiping ON..” – Ramai Tak Sangka Yang Apa Dibuat Oleh Bapa Ini!

    248

    Korang pernah tak alami pengalaman zaman remaja dulu apabila terpaksa pergi dating secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa sebab takut kena marah? Haa rasa-rasanya ramai kan yang pernah alami perkara macam ni. Tapi lain pula kalau korang dapat ayah yang sporting macam lelaki ni yang berkongsi kisah menemani anaknya dating bersama kekasih.

    Menerusi perkongsian @remydamak di TikTok, dia telah merakam momen ketika menghantar anaknya untuk bertemu dengan kekasih yang dikenali di media sosial buat pertama kalinya.

    Menurutnya, dia bersama-sama empat orang lagi anaknya sanggup travel dari Kuala Lumpur ke Taiping demi nak bertemu gadis tersebut. Anak nak jumpa buah hati pon kita hantor. First date katanya… KL to Taiping ON. Pedehal.

    “Perkenalan melalui medsos masa PKP. Asal la dekat sangat ko cari kawan. Nak oii…” tulisnya. Sebaik tiba di Taiping, mereka sekeluarga kemudian menuju ke mall di mana anaknya akan bertemu dengan kekasih hati di sana. Yang buat admin tersenyum sendiri tu apabila si ayah selamba saja siap memuji kekasih anaknya lawa dan siap ambil gambar mereka bersama lagi. Amboi!

    Lelaki ini kemudian membawa anak-anaknya yang lain untuk makan di Chicken Rice Shop, sementara ‘pasangan kekasih’ tadi pula diberi ‘peluang’ untuk saling mengenali satu sama lain dan menjamu selera di Starbucks.

    Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang menyukai cara ‘parenting’ lelaki ini yang tidak terlalu tegas namun pada masa yang sama memantau aktiviti anaknya di depan mata.

    Malah dia juga dianggap tidak kolot dan sudah pastinya anak-anak selesa berkomunikasi dengannya tentang apa saja perkara. Bestnya bapa dia kan… Kalau bapa admin ni, haa mau kena marah 3 hari 3 malam kalau dia tahu anak dia nak berdating.

    Sumber : Lobak Merah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here