Guna 3 Bahan Ini Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Menjadi!

    585

    Sudah pelbagai cara digunakan untuk hapuskan tahi cicak terutama sekali di bahagian tingkap rumah, tetapi tak menjadi. Setiap hari terpaksa cuci tahi cicak ini kerana risau anak-anak yang masih kecil mungkin akan masukkan ke dalam mulut mereka ketika bermain.

    Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Facebook tentang cara berkesan nak atasi masalah tahi cicak di rumah guna 3 bahan sahaja. Jom cuba!

    Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak. Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.

    BAHAN
    1/3 Cuka makan, 1/3 Air, 1/3 Cecair pencuci pinggan. Campurkan semua bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut. Selain cara di atas ni, boleh juga cuba beberapa lagi cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita, seperti yang disenaraikan di bawah ni:

    1.GUNA KULIT TELUR. Letak beberapa kulit telur dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Boleh hancurkan dan tabur sekeliling tingkap. Cicak tak suka dengan bau kulit telur ni.

    2.GUNA BULU BURUNG. Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

    3.JAGA KEBERSIHAN RUMAH. Pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila ada sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat yang menjadi makanan cicak.

    4.LETAK UBAT GEGAT. Letak dalam kabinet atau laci. Tapi laci/ kabinet berisi makanan tak digalakkan.

    5.Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco.

    Sumber: Roslina Hashim / Hani Mynis

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here