“Kau cantik, rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!”

    774

    Pengguna aplikasi TikTok pasti menyedari bahawa ada satu konten yang tengah viral di media sosial berkenaan soalan sama ada seseorang yang dikenali kita ‘lemah’ ataupun tidak dengan gaya seakan mencabar. Ia mula viral setelah seorang TikToker muslimah viral susulan mengeluarkan kenyataan wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna digelar ‘lemah’ sehingga mendapat kecaman ramai.

    Kali ini, seorang infleuncer yang juga bekas madu pelakon terkenal Izreen Azminda iaitu Intan Saleh atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh turut membuat video tersebut dan memuat naiknya ke TikTok.

    “Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” katanya mengikuti konten yang tengah trend sekarang. Walau bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten yang dibuat Intan Saleh itu dan mengaitkan semula kisah rumah tangganya yang pernah tular satu ketika dahulu.

    Ibu tunggal tersebut juga menjawab dengan baik bahawa apa yang dilakukan sekadar suka-suka dan bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi tempoh hari sama ada dirinya ataupun bekas madu. Tak hanya itu, Intan juga turut ‘dihentam’ lagi dengan soalan netizen yang membuat andaian jika pihak ‘sana’ membalas pula konten tersebut apakah tindakan yang dia lakukan.

    Malas hendak bertekak dengan netizen yang asyik mencari silapnya, dia hanya memaklumkan tidak terfikir seperti yang dinyatakan dan hanya mengikuti trend semasa membuat konten TikTok untuk suka-suka seperti orang lain. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang lebih berpihak kepada Intan kerana apa yang diperkatakannya sama sekali tidak salah dan dia yang melalui hal tersebut.

    Netizen juga merasakan ayat tersebut memang sesuai ditujukan kepada perampas secara umumnya kerana menganggu rumah tangga seseorang adalah satu perkara tidak baik lebih-lebih lagi sesama wanita.

    Sumber: TikTok @intanroxssaleh

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here