Dah Nama Pun Jodoh. Sekarang Dah Bertiga, Siapa Sangka Kan!

    734

    Kata orang kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Walau pernah ditolak beberapa kali, tapi jika surah ditakdirkan Allah, sapa kita mahu menolak takdir. Namun sebeum mendapat jodoh pujaan hati, pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan si dia menjadi hak kita.

    Seperti kisah yang dikongsi oleh Miya Juna saat detik perkenalan dengen suali tersayang, Daeng Mizan. Menurut Miya, ketika itu suaminya cuba ‘mendekati’ dan dia hanya mengambil sikap jual mahal. Malah hanya memberi tanda jempol (ibu jari) atau Like sahaja setiap kali ucapan salam diberi suaminya itu.

    Namun dek sikap tidak jemu dan sentiasa berusaha mendekati, akhirnya berjaya melembutkan hatinya dan selang beberapa tahun kemudian kedua-duanya sudah sah menjadi suami isteri. Pasangan ini juga kini sudan dikurniakan seorang anak, diberi nama Anggun Khadijah pada 9 Ogos lepas.

    Dalam postingnya itu juga Miya memohon orang ramai dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak meraka ini agar besar menjadi insan yang solehah. Ternyata kisah pasangan ini sangat memberi inspirasi terutama kepada yang belum mendirikan rumah tanga. Bukan itu sahaja, warganet turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini sekeluarga.

    Sumber: Kashoorga

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here