Pelekat Penjarakan Sosial Dibuka, Masjidil Haram Terima Jemaah Kapasiti Penuh!

    151

    Kebenaran tersebut merupakan antara enam kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dinyatakan pihak Arab Saudi di tempat tumpuan umat Islam di seluruh dunia itu. Menerusi laman Twitter Haramain, dapat dilihat petugas di Masjidil Haram telah membuka semula pelekat penjarakan sosial yang diletakkan di ruangan ibadah berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini.

    Ia pastinya disambut dengan begitu gembira oleh seluruh umat Islam di dunia kerana ibadah umrah dan haji juga telah dibuka semula. Sebagai langkah keselamatan, para jemaah yang hadir untuk menunaikan solat dan umrah di sana perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap bagi mengelakkan sebarang penularan wabak berlaku.

    Laman Twitter tersebut juga sempat menunjukkan ‘keindahan’ solat berjemaah tanpa penjarakan sosial yang telah kembali dilakukan di sana selepas lebih setahun mengamalkan SOP yang cukup ketat .

    Menurut kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna. Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.

    Semoga khabar gembira ini mampu membuatkan lebih ramai umat Islam kembali tersenyum dan segera mendapatkan suntikan vaksin agar sama-sama dapat beribadat ke Kota Suci itu.

    Sumber: Twitter @Haramaininfo

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here