Selepas Raja Farah Beri Kenyataan, Ini Yang Fauzi Nawawi Jelaskan!

    330

    Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan satu cuplikan video dari salah satu talkshow di Astro Warna yang menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang bercerita tentang pengalaman sepanjang bergelar pelakon. Walau bagaimanapun, ia menjadi pan as apabila ada yang memuat naik kembali video tersebut dimana ketika itu aktor, Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak pan as bersama seorang pelakon wanita.

    Apa yang merisaukan adalah perbualan seperti itu ditayangkan di kaca televisyen dan menjadi perdebatan ramai kerana ia sangat tidak sopa n serta boelh menjat uhkan mar uah seseorang. Menjadi individu yang diperkataan dalam perbualan tersebut, Raja Farah bersama suaminya telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram sebagai memberi respon kepada ‘kisah’ yang diceritakan oleh Fauzi Nawawi.

    Suami kepada selebriti wanita itu, Iskandar Ismail telah tampil mempertahankan mar uah isterinya. Dia memaklumkan yang sepatutnya individu tersebut tidak menga ibkan mana-mana wanita walaupun dia sedar apa yang diucapkan merujuk kepada karya seni.

    Enggan memperpanjangkan isu, Raja Farah dan suami berharap agar perkara ini tidak belarutan dan berlapang dada dengan video yang viral itu. Mereka juga tidak mahu ada sebarang permusuhan hanya disebabkan video tersebut.

    Sedar akan keterlanjuran terhadap kata-kata yang keluarkan, aktor Fauzi Nawawi telah membuat permohonan maaf kepada pasangan tersebut dan mengakui kesilapannya. Dia juga tidak menyangka bahawa video tersebut tular kerana pernah memohon pihak penyiar untuk memotong bahagian tersebut sebelum ini.

    Dalam video permohonan maaf itu juga, Fauzi memaklumkan turut memaafkan mereka yang mengutuk serta berkata tidak baik kepadanya. Video korang boleh tengok di ig mereka.

    Sumber: Twitter @FayyanFreaks, Instagram rajafarahraziz, theonlyfauzinawawi

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here