TAK PERLU MAIN ‘KUTU’, GUNA SAJA GOAL SAVING PLAN DI MAYBANK2U UNTUK KUMPUL DUIT. LAGI SELAMAT!

    270

    Walau pun main kutu disenaraikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, tapi ramai yang masih melakukannya.

    Ada sebab kenapa ia tak dibenarkan, salah satunya kerana sering berlaku penipuan. Ada yang melarikan duit kutu ribuan ringgit malah lebih dari jumlah ini. Rasanya kalangan kita yang main kutu dengan kawan pun pernah jadi mangsa.

    Bagi mengelakkan kejadian begini apa kata kita main kutu cara moden guna saving account sendiri. Bagi pengguna Maybank2u boleh guna Goal Saving Plan.

    Macam main kutu cara lama kita akan serah duit ikut jumlah yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Cukup tempoh baru akan diserah tapi semua ini dilakukan dengan autodebit. Jadi tak perlu pakai ibu kutu.

    Ramai yang suka main kutu kan. Tapi risau takut kena tipu. Pastu time emergency nak guna duit tak boleh atau susah nak tukar giliran.

    Apa kata kita main kutu dengan diri sendiri je kat akaun Maybank kita saja. Caranya boleh ikut langkah di bawah

    1MULA-MULA KENALAH LOGIN AKAUN MAYBANK2U KITA. BUKA WEBSITE WWW.MAYBANK2U.COM.MY YE, BUKAN APPS TAU.2. DAH LOGIN NANTI AKAN JUMPA ‘CREATE GOAL’ (ANAK PANAH MERAH TU). KLIK DAN NANTI KELUAR MACAM NEXT GAMBAR.3. OKAY DAH KLIK CEATE GOAL, AKAN KELUAR KOTAK MACAM NI. ISILAH TEMPAT KOSONG. BOLEH SET NK SIMPAN TOTAL BERAPA. SETIAP BULAN NAK DEDUCT BERAPA RM. TARIKH UNTUK DEDUCTION BERAPA HARIBULAN. NAK CAPAI GOAL TU SELAMA BERAPA BULAN. OKAY DAH ISI KLIK ‘START’.4. KEMUDIAN AKAN KELUAR MACAM NI KAT SKRIN KITA. KENA REQUEST TAC UNTUK PROCEED KITA PUNYA GOALS TU. SELESAIKAN HAL TAC TU YE. NEXT.5. YEAY! SETEL DAH KITA PUNYA GOAL SAVING. BANK AKAN AUTO TOLAK DUIT KITA UNTUK MASUKKAN DALAM ‘GOAL SAVING’ NI. JANJI KENA ADA DUIT UNTUK DIA TOLAK NANTI. DAN YANG BESTNYA, KITA BOLEH CREATE SEBERAPA BANYAK GOAL SAVING YANG KITA NAK. JUST TEKAN [CREATE GOAL +] SEBELAH ATAS KANAN TU.6. OKAY NI PULAK KALAU TETIBA ADA EMERGENCY CASE NAK KENA GUNA DUIT, TERPAKSA KOREK TABUNG JUGAK. NO HAL, BENDA BOLEH SETEL.

    Tapi bila kita dah buat goal saving ni, kalau boleh cuba untuk istiqamah. Baru lah goal kita akan tercapai dengan jayanya.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here