Hampir 7 Tahun Bercinta, Rupanya Gadis Ni Baru Tahu Yang.. Selama Ni Dia Fikir Cuma Perasaan Dia Saja!

    873

    Bercinta bagai nak rak, malah mungkin sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga, tapi malangnya ibu kepada si dia pula seolah-olah tidak merestui perhubungan cinta. Situasi seperti itu dapat digambarkan bagi seorang gadis yang dikenali sebagai Syeela ini apabila mendedahkan kisah percintaan antara dia dan kekasihnya tidak disukai oleh ibu kepada lelaki tersebut.

    Berkongsi menerusi satu video di aplikasi TikTok, gadis berusia 20 tahun itu berkata dia dan teman lelakinya yang dipanggil Man sudah menjalin cinta selama tujuh tahun dipercayai sejak dari bangku sekolah lagi.

    Boleh rasa tak apa yang aku rasa? Ada tips?

    “Bercinta sampai tujuh tahun, last-last mak dia pulak yang tak suka,” tulis gadis berasal dari Jitra, Kedah itu dalam video berkenaan. Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Syeela berkongsi kompilasi rakaman rawak memaparkan dirinya dan lelaki berusia 21 tahun itu sehingga meraih 359,300 tontonan dalam kalangan warganet.

    Meninjau ke ruangan komen, hampir 2,000 reaksi diberikan orang ramai mengenai tips hubungan tidak direstui dimana segelintir berpendapat seseorang itu perlu mencari ibu bapa pasangan yang boleh menerima diri seadanya.

    Menurut mereka, hubungan boleh bertambah keruh dan menimbulkan banyak ‘drama’ jika berkahwin tanpa mengambil kira faktor lain seperti sama ada diterima oleh ibu bapa pasangan atau sebaliknya. Susah juga kalau macam ni, lebih kurang cinta dihalang oleh ibu bapa gitu! Teruskan berdoa, mana tahu satu hari nanti makcik tu terbuka hati terima awak untuk jadi menantu.

    Sumber: TikTok @syeelaaaaaaaaaaaaa

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here