“Jodoh Dengan Jiran…” Bercinta 4 Bulan, Kenal Di IG, Wanita Ini Jadi Perhatian!

    182

    Perkenalan pasangan ini menerusi Instagram sekitar empat bulan lalu berakhir di jenjang pelamin pada tanggal 12 November 2021. Menurut Anis Farahin Roslin, 25, dia menerima ketentuan jodohnya dengan suami, Nor Syahmizi Safwan Nordin, 28, biarpun baru sahaja mengenali h4ti budi masing-masing.

    Imbasnya, dia pertama kali menerima kiriman mesej daripada tukang gvnting rambut itu pada 5 Julai lalu sebelum beralih ke fasa hubungan yang lebih serius dalam tempoh yang cukup singkat.

    “Dia mula hantar direct message (DM) di Instagram pada bulan Julai. Dia follow Instagram saya, kemudian saya pun follow back. Kami tak pernah kenal pun selama ini. Padahal jarak perjalanan rumah kami dalam seminit saja. Mungkin dia follow sebab saya ada buat bisnes menerusi Instagram. Awal-awal tu saya perasan dia macam nak try saya, tapi saya m4las nak l4yan.

    “Instagram dia pun kosong tanpa gambar. Saya tertanya-tanya, macam mana rupa dia? Tapi saya minta supaya dia tunjuk gambar. Bila kenal dari media sosial, kita kena selidik. Selepas bermesej di Instagram, kami jumpa tak lama kemudian. Sejujurnya saya rasa selesa, macam dah lama kenal. Sebab tu kami teruskan hubungan ini,” jelasnya kepada mStar.

    Mesra disapa Anis, dia mengakui tr4uma untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki selepas dua kali kecvndang dalam percintaan sebelum ini.

    Jelas Anis, dia bagaimanapun berubah h4ti selepas melihat kesungguhan jejaka itu yang mahu menjadikan dirinya sebagai pasangan yang sah.

    “Saya pada awalnya m4las nak l4yan. Saya baru saja pvtus tunang. Dah dua kali saya tak jadi kahwin. Jejaka pertama tu saya pvtus tunang. Yang kedua dia hanya mer1sik saja. Janji nak kahwin tapi tak kesampaian. Jadi bila kali ketiga saya serius dengan lelaki macam ni, saya kena kec4m dengan keluarga sendiri. Tapi suami saya berani datang rumah jumpa mak ayah saya. Suami saya senang serasi dengan keluarga saya.

    “Sebulan selepas kami berkenalan menerusi DM, kami pun dah keluar bersama, akhirnya dia datang mer1sik dan tetapkan tarikh untuk nikah.“Saya tak sangka proses ini berlaku sangat cepat. Saya fikir dah tak ada jodoh saya dalam tahun 2021. Tapi Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini. Dia pun kata yang kami boleh bercinta lepas nikah,” ujar Anis yang menetap di Tanjung Minyak, Melaka.

    Dalam pada itu, Anis yang juga penuntut bidang Sumber Manusia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Melaka mengakui bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri biarpun belum menamatkan pengajian.

    “Ada juga yang cakap saya kahwin muda. Saya pun kalau boleh nak habiskan belajar dulu. Pengajian saya tinggal beberapa bulan saja. Tapi mungkin jodoh dah sampai. Anis yang juga pelajar UiTM turut menjalankan bisnes sejak tahun lepas. Saya pun dah tak nak kec3wa lagi. T4kut tangguh-tangguh lagi, drag masa, takut berulang balik perkara yang pernah terjadi,” ujarnya lagi.

    Menurut Anis, dia juga tidak ris4u soal rezeki dan yakin dengan perancangan Allah dalam perjalanan hidupnya. Biarpun masih belajar, Anis juga ada menjalankan perniagaan sendiri sejak tahun lalu.

    “Saya ada jual cookies sejak Jun tahun lepas. Kemudian saya juga ada jual kek dan doorgift. Alhamdulillah, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terima sambutan menggalakkan. Masa mula-mula kenal, suami juga ada order cheese tart dengan saya. Ada dalam tiga kali dia order,” ujar Anis berseloroh.

    Sumber: Mstar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here